
Sasungguhnya setengah dari akhlak orang yang mukmin, ialah kuat pada menjalankan agama, tegoh di dalam lemah lembutnya, beriman di dalam keyakinannya, loba akan ilmu pengetahuan, belas kasihan dalam satu ketelanjuran, pemaaf di dalam ilmu, berhemah di dalam kaya, berhias di dalam kesempitan, berpantang loba tamak, berusaha pada yang halal, berbuat kebajikan pada ketetapan, tangkas di dalam pertunjuk, mengendalikan diri di dalam shawat, belas kasihan kepada orang yang payah.
Sesungguhnya orang mukmin daripada hamba Allah itu tidak berdendam kepada orang yang membenci, tidak berdosa kerana cinta, tidak mensia-siakan barang yang di pertarohkan, tidak pernah hasad, tidak pernah mencela, tidak pernah memaki, mengakui akan yang benar meskipun tidak di minta, tidak suka mempersenda-sendakan gelaran, di dalam solat dia kusyuk, segera dia mengeluarkan zakat, tenang dalam ribut, tunduk di dalam kemegahan, syukur dan mencukupkan apa yang ada, tidak mendakwa yang bukan kepunyaannya, tidak terlanjur lantaran marah, tidak dipengaruhi oleh kebakhilan mengerjakan yang maaruf, bergaul dia dengan manusia supaya dia beroleh ilmu, lemah lembut supaya dia paham dan meskipun dia teraniaya dan dimunkiri orang, tetap dan tegoh sehingga Tuhan yang Rahman sendiri yang akan membelanya.